KEJAYAAN PENYELIDIK FBKT, UMK DI VIRTUAL INNOVATION COMPETITION 2021 (VIC21)

Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), UMK telah berjaya memenangi pingat emas dalam VIRTUAL INNOVATION COMPETITION 2021 (VIC21). VIC21 merupakan pertandingan berkaitan penyelidikan dan inovasi yang dianjurkan oleh UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan Indian Innovators Association yang telah diadakan pada  1 Jun – 29 September 2021 secara atas talian. Selain memenangi pingat emas, penyelidik FBKT turut memenangi Special Award (Merit of Achievement).

Tajuk inovasi adalah “Waste to Wealth; A Novel Biodegradable Composites from Agriculture Waste for Drug Delivery”, manakala visi dan misi utama inovasi ini adalah untuk menerapkan konsep penukaran sisa kepada kekayaan di mana biokomposit dihasilkan daripada batang kelapa sawit dan ia berpotensi digunakan sebagai penghantaran ubat secara oral. Semoga kecemerlangan dalam inovasi penyelidikan di  FBKT ini akan dapat terus dikekalkan di masa hadapan.

Disediakan oleh,

ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah